Kata Pedang: Kalau Oxford iktiraf UEC, pindah saja lah ke England

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

BILA kita bercakap dia kata perkauman. Kalau dia bercakap tak perkauman, neutral, perkara biasa. Bila kita bercakap lebih sikit, mula lah dia kata kita ekstrem, militan, Taliban dan macam-macam lagi. Perangai apakah ini? Kafir laknatullah betul lah!

Dan, Pedang nak kata lagi. Kalau dah suka sangat dengan University of Oxford, England yang iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah-sekolah Cina di Malaysia, pindah lah dan tinggal di Oxford. Tanah di sana masih luas. Boleh buka Sekolah Persendirian Cina Malaysia-Oxford.

Bukan Pedang nak halau, tapi kalau dah rasa ada tempat yang lebih baik daripada Malaysia, silakan. Pedang yakin rakyat Malaysia tak akan halang, malah mengalu-alukannya.

Selagi ada ultra kiasu, selagi ada parti anti-Islam MCA yang menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut dan api dalam sekam di dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), selagi itu mereka naik junjung.

Keras kepala sejak zaman Gee Hin dan Hai San di Perak. Menjadi pengkhianat dalam kerajaan. Mereka berada dalam kerajaan, tetapi menjadi pengkhianat kerana tidak menyokong Dasar Pendidikan Negara (DPN).

Dah berbuih-buih mulut kita kata UEC tak perlu diiktiraf kerana tak ikut DPN, tiada dalam silibus pendidikan kebangsaan, tak ikut Perlembagaan Malaysia. Sijil ini berkiblatkan Taiwan dan China. Tapi dia tak peduli.

Bila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam, seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) atau Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menentang pengiktirafan UEC, dia kata kita perkauman.

Malah, laporan China Press yang dipetik Sinar Harian, hari ini, mengatakan Pemuda MCA tak puas hati dengan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. MCA kata Ibrahim Ali keluarkan kenyataan bersifat perkauman.

“Kenyataan Ibrahim itu adalah bersifat perkauman dan boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini,” kata Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA, Xing Hao dalam satu kenyataan disiarkan China Press, sambil menambah universiti terkemuka dunia, termasuk Universiti Harvard dan Universiti Oxford, mengiktiraf UEC.

Sebab itu Pedang kata, kalau macam tu pindah lah ke Oxford, England atau di Massachusetts di Amerika Syarikat (AS), kalau sudah universiti di negara-negara berkenaan mengiktiraf UEC. Sekali lagi Pedang kata, bukan nak halau, tapi Pedang tadah dua tapak tangan tanda syukur.

Malaysia tak iktiraf UEC, kerana bertentangan dengan DPN, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan. Jadi tutup buku. Usah dibangkitkan lagi, tak usah menyalak lagi.

Luluk liam-liam ma! Kita nak hidup harmoni, bersederhana dan bertoleransi. Ini nasihat Pedang pada ultra kiasu, MCA, DAP, Gerakan, MIC. Hal ehwal Islam pun jangan masuk campur. Kami dengan agama kami, kamu dengan agama kamu.

Tapi, makan nasihat ke mereka ni? Atau, mereka ada DNA Gee Hin dan Hai San.

Pedang memang sudah mengajak pengundi Melayu supaya tidak memilih calon MCA, MIC, Gerakan dan sealiran dengannya pada Pilihan Raya Umum akan datang, kerana mereka ini menentang usaha memartabatkan Islam di negara ini.

Kata Pedang: Boleh buat kenduri pulut kuning, tanda syukur kalau ultra kiasu pindah ke Oxford atau Cambridge.

One thought on “Kata Pedang: Kalau Oxford iktiraf UEC, pindah saja lah ke England

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *