Letusan gunung berapi: Lapangan Terbang Bali terus ditutup

BALI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu  – Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Bali ditutup untuk hari ketiga, susulan Gunung Agung yang mula meletus mengeluarkan debu.

Debu berbahaya kepada kapal terbang kerana ia menyebabkan landasan licin dan boleh memasuki enjin pesawat.

Penutupan ini berkuat kuasa selama bermula jam 7 pagi tadi sehingga jam 7 pagi esok, 30 November.

Sehingga semalam, sebanyak 443 penerbangan telah dibatalkan, menjejaskan lebih daripada 120,000 penumpang di Bali, destinasi percutian yang tarikan jutaan pelancong asing setiap tahun. 

Dalam perkembangan sama, lebih 40,000 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Agung sudah keluar daripada kediaman masing-masing, selepas pakar-pakar meningkatkan tahap amaran maksimum tentang letusan yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Gunung Agung ini pernah meletus pada tahun 1963, dan mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk memusnahkan beberapa kampung. -Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *