Lombong pasir haram: Empat individu termasuk anak saudara Azmin Ali direman

Gambar: Berita Harian

PUTRAJAYA, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Empat individu termasuk anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali direman tujuh hari, dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin, dengan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman keempat-empat individu sehingga 6 Disember ini.

Mereka ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil penahanan itu, akaun bernilai RM4 juta milik syarikat terlibat turut dibekukan kerana disyaki hasil bersekongkong dengan anak saudara Menteri Besar berkenaan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (B) kerana memberi suapan berkaitan projek lombong pasir di Selangor.

Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *